Wednesday, October 21, 2009

Profail Syarikat

MIRACLE AQUA WORK ( IP 0313645 – T )
LOT. 32, KAMPUNG DEW,
34400 SEMANGGOL
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 019-3113 777, 017-3250 900


Syarikat ini telah ditubuhkan oleh En. Muhamad Yusof bin Yaacub. Beliau telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 13 tahun. Dengan disiplin kerja yang diperolehi sepanjang kariernya di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau terus menimba ilmu di dalam beberapa bidang perniagaan apabila beliau bersara secara pilihan.

Oleh kerana disiplin dan rekod terpuji di dalam Angkatan Tentera Malaysia, pada tahun 1996 beliau telah dilantik menjadi salah seorang Pengarah dalam sebuah syarikat kawalan keselamatan. Dengan mengabungkan pengalaman yang di miliki, kini syarikat itu telah berjaya mengembangkan cawangannya hampir ke serata negeri.

Pada tahun 2005, dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM 50,000.00. En. Muhamad Yusof bin Yaacub telah menceburkan diri di dalam bidang ternakan dengan menternak kambing dari baka Jamnapari dan juga Anglonubian. Beliau mengambil masa selama 2 tahun untuk benar-benar mahir dan faham bagaimana untuk menternak kambing. Kini ternakan kambing beliau telah pun mendatangkan hasilnya. Malah hasil dari ternakan kambing jugalah yang di jadikan modal untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pada tahun 2007 beliau terus mengorak langkah dengan mencuba memodenkan ternakan udang galah. Dari kegagalan demi kegagalan dengan mengenepikan perasaan jemu dan kecewa, akhirnya beliau telah berjaya menternak udang galah di dalam kolam simen berbeza dengan penternak udang galah tradisional iaitu menternak dalam kolam tanah. Malah beliau merupakan satu-satunya anak melayu yang berjaya menternak udang galah dalam kolam simen.

Tidak berhenti di situ saja, beliau terus memikirkan bagaimana pula hendak memendekkan tempoh matang udang galah dari 6 bulan ke 100 hari. Berkat kesabaran dan ketelitian yang dimiliki beliau, maka terhasillah benih udang galah yang baru, iaitu benih 100 hari berbeza dengan benih udang galah biasa iaitu berusia 45 hari. Dengan menggunakan benih 100 hari, penternak udang galah yang menternak dalam kolam simen atau pun kolam tanah hanya memerlukan masa lebih kurang 100 hari lagi untuk memungut hasilnya.

Paling membanggakan beliau kini, penduduk kampung mampu menternak udang galah di belakang rumah mereka dan cuma perlu menternak udang galah tersebut selama 100 hari sahaja sebelum hasilnya boleh dijual dengan harga RM 40.00 sekilogram. Memilih tapak untuk kolam simen tidak memerlukan kawasan yang luas. Kolam simen boleh dibina di tepi rumah atau kawasan yang sesuai.

Tanpa mendapat mana-mana bantuan mahu pun bimbingan, kini ternakan udang galah dalam kolam simen beliau terus menghasilkan pendapatan yang lumayan. Kini beliau telah pun memiliki 17 buah kolam simen dan 5 buah kolam tradisional (tanah liat) untuk ternakan udang galah.

1 comments:

Unknown said...

Pm wssp 0143976533