Kursus akan diadakan dari masa ke semasa.
Kepada yang berminat, anda dikehendaki menghubungi :


019-3113 777 - En. Yusuf
017-3250 900 -
En. Latif


Yuran sebanyak RM1,200.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Dua Ratus Sahaja) akan dikenakan bagi setiap peserta.

Format kursus, 2 hari 1 malam; teori dan praktikal.
Penginapan dan makanan disediakan oleh pihak MAW.

Deposit RM 500.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja)
(Selewat-lewatnya 7 ( Tujuh ) hari sebelum tarikh kursus)
Akaun Penerima : 0803-0000124-10-8
(MIRACLE AQUA WORK, CIMB TAIPING)

Baki dibayar sepenuhnya semasa pendaftaran secara tunai bersama slip deposit.

Tempat dan tarikh kursus akan diberitahu kelak.


Antara kandungan kursus yang akan dibincangkan :


1) ternakan udang galah dalam kolam simen

2) kelebihan menternak udang galah dalam kolam simen

3) panduan untuk membuat kolam simen

4) keperluan di dalam kolam simen

5) sumber air

6) persediaan kolam sebelum melepaskan benih (anak udang galah)

7) memberi makan udang galah

8) pengawasan dan penyelenggaraan kolam simen

9) bantuan oksigen

10) benih udang galah 100 hari



Kami di Miracle Aqua Work amat berbesar hati untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang ternakan udang galah. Jika seseorang itu ingin berjaya dalam apa jua bidang sekalipun, dia mesti mempunyai seorang guru atau mentor yang dapat membimbing ataupun memberi tunjuk ajar. Tanpa tunjuk ajar dari mentor seseorang itu sukar untuk berjaya. Peluang pasti akan ada, tetapi adakah peluang yang tersedia dapat dimanfaatkan?

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, trend atau cara menternak udang galah sudah berubah. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan kami telah berjaya memecah tradisi menternak udang galah iaitu dari kolam tanah ke kolam simen yang pertama di Malaysia. Memang sukar untuk dipercayai atau diterima akal. Malahan ramai kenalan dan rakan-rakan yang mengatakan bahawa kami bakal menemui kegagalan.

Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran yang tidak pernah kenal erti jemu dan sanggup mengeluarkan belanja, akhirnya kami berjaya memecah tradisi menternak udang galah dari kolam tanah ke kolam simen. Kesanggupan mengambil risiko juga teras keusahawanan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu ternakan udang galah dalam kolam simen dengan memanafaatkan maklumat dan panduan bagaimana hendak menternak udang galah dalam kolam simen tanpa perlu lagi memikirkan tentang keluasan tanah yang ada untuk dijadikan kolam. (kolam tanah liat)

Percaya atau tidak sekiranya tuan–tuan dan puan-puan mempunyai tanah kosong yang hanya berukuran 36’ x 12’, tuan–tuan dan puan–puan sudah mampu mendirikan (6)enam buah kolam simen yang berukuran 12’ x 6’ x 3’. Malahan sekiranya tuan–tuan dan puan-puan tinggal di rumah taman terutamanya lot tepi, tuan–tuan dan puan-puan sudah boleh bergelar Penternak Udang Galah Dalam Kolam simen.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, izinkan saya memaklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan tentang kelebihan menternak Udang Galah dalam kolam simen.

Di antaranya adalah :

a. ia tidak memerlukan kawasan yang luas.

b. tidak terjejas pada musim banjir (tinggi kolam 3 kaki).

c. ianya mudah dipantau.

d. penyakit dapat dikawal diperingkat awal.

e. pembaziran benih dapat dikurangkan.

f. tidak berlaku pembaziran makanan.


g. hasil dapat dituai 3 @ 4 kali setahun berbanding kolam tanah setahun dua kali.

h. harga pasaran yang tinggi RM33.00 hingga RM40.00 sekilogram


MIRACLE AQUA WORK ( IP 0313645 – T )
LOT. 32, KAMPUNG DEW,
34400 SEMANGGOL
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 019-3113 777, 017-3250 900


Syarikat ini telah ditubuhkan oleh En. Muhamad Yusof bin Yaacub. Beliau telah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 13 tahun. Dengan disiplin kerja yang diperolehi sepanjang kariernya di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau terus menimba ilmu di dalam beberapa bidang perniagaan apabila beliau bersara secara pilihan.

Oleh kerana disiplin dan rekod terpuji di dalam Angkatan Tentera Malaysia, pada tahun 1996 beliau telah dilantik menjadi salah seorang Pengarah dalam sebuah syarikat kawalan keselamatan. Dengan mengabungkan pengalaman yang di miliki, kini syarikat itu telah berjaya mengembangkan cawangannya hampir ke serata negeri.

Pada tahun 2005, dengan menggunakan modal sendiri sebanyak RM 50,000.00. En. Muhamad Yusof bin Yaacub telah menceburkan diri di dalam bidang ternakan dengan menternak kambing dari baka Jamnapari dan juga Anglonubian. Beliau mengambil masa selama 2 tahun untuk benar-benar mahir dan faham bagaimana untuk menternak kambing. Kini ternakan kambing beliau telah pun mendatangkan hasilnya. Malah hasil dari ternakan kambing jugalah yang di jadikan modal untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pada tahun 2007 beliau terus mengorak langkah dengan mencuba memodenkan ternakan udang galah. Dari kegagalan demi kegagalan dengan mengenepikan perasaan jemu dan kecewa, akhirnya beliau telah berjaya menternak udang galah di dalam kolam simen berbeza dengan penternak udang galah tradisional iaitu menternak dalam kolam tanah. Malah beliau merupakan satu-satunya anak melayu yang berjaya menternak udang galah dalam kolam simen.

Tidak berhenti di situ saja, beliau terus memikirkan bagaimana pula hendak memendekkan tempoh matang udang galah dari 6 bulan ke 100 hari. Berkat kesabaran dan ketelitian yang dimiliki beliau, maka terhasillah benih udang galah yang baru, iaitu benih 100 hari berbeza dengan benih udang galah biasa iaitu berusia 45 hari. Dengan menggunakan benih 100 hari, penternak udang galah yang menternak dalam kolam simen atau pun kolam tanah hanya memerlukan masa lebih kurang 100 hari lagi untuk memungut hasilnya.

Paling membanggakan beliau kini, penduduk kampung mampu menternak udang galah di belakang rumah mereka dan cuma perlu menternak udang galah tersebut selama 100 hari sahaja sebelum hasilnya boleh dijual dengan harga RM 40.00 sekilogram. Memilih tapak untuk kolam simen tidak memerlukan kawasan yang luas. Kolam simen boleh dibina di tepi rumah atau kawasan yang sesuai.

Tanpa mendapat mana-mana bantuan mahu pun bimbingan, kini ternakan udang galah dalam kolam simen beliau terus menghasilkan pendapatan yang lumayan. Kini beliau telah pun memiliki 17 buah kolam simen dan 5 buah kolam tradisional (tanah liat) untuk ternakan udang galah.